#KisahSeram
Pernahkah anda mengalami atau mendengar tentang kejadian aneh atau paranormal yang sukar dijelaskan? ๐ป๐ฑ
Sama ada ia pengalaman anda sendiri, peristiwa daripada orang terdekat, atau cerita misteri yang anda pernah dengar, kongsikan #KisahSeram anda di Newswav untuk peluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga
๐ RM5,800! ๐
โ
Hantarkan artikel / video unik anda untuk sertai sekarang! โจ
Tempoh Kempen
Tempoh Penyertaan:
5 Julai 2024 (Jumaat, 12pm) -
13 Disember 2024 (Jumaat, 12pm)โ
โ
Tempoh Kempen:
5 Julai 2024 (Jumaat, 12pm) -
20 Disember 2024 (Jumaat, 12pm)
NOTA: Tempoh penyertaan & tempoh kempen bermula pada 12:00pm MYT dan berakhir pada 11:59pm MYT pada tarikh yang dinyatakan
Syarat Penyertaan
-
Penyerahan konten boleh dibuat dalam format artikel atau video
โ
-
Bahasa: Bahasa Melayu sahaja
โ
-
Untuk memenuhi syarat penyertaan, masukkan #KisahSeram dalam tajuk konten dan pilih #KisahSeram dalam ruangan pilihan ‘NCC campaign’. Kegagalan untuk memasukkan kedua-duanya akan menyebabkan penyerahan anda dianggap tidak sah.
โ
-
Artikel: Sekurang-kurangnya 300 perkataan dengan 1 imejโ
โ
-
Video: Sekurang-kurangnya 60 saat dengan penerangan 100 perkataan. Video mesti diambil/dihasilkan sendiri
โ
-
Kandungan hendaklah asli dan bebas plagiarisme
โ
-
Kandungan yang dihantar adalah eksklusif untuk Newswav dan tidak dikongsi dengan media/penerbit lain
โ
-
Peserta mesti berkongsi kandungan yang diterbitkan dalam bentuk pautan Newswav di Facebook, Instagram Stories atau X dalam tempoh kempen untuk layak. Komen tidak dikira sebagai perkongsian dan akaun media sosial anda mesti awam untuk tujuan pengesahan.
Cara Penyertaan
3. Kongsi pautan Newswav bagi kandungan anda ke mana-mana platform media sosial anda (Facebook, Instagram Stories, X).
Contoh Kandungan
Hadiah & Pemilihan Pemenang
Hadiah Utama x3
3 peserta yang memperoleh jumlah ‘views’ tertinggi dari semua kandungan penyertaan akan menerima satu (1) set LEGO pilihan mereka (bernilai sehingga RM800).
Untuk layak menerima hadiah utama, peserta mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) kandungan penyertaan yang layak untuk pemilihan hadiah.
Anugerah ‘Top Engagement’ x5
5 peserta yang memperoleh jumlah 'engagement' tertinggi dari semua kandungan penyertaan mereka akan menerima tiga (3) tiket masuk ke HAUNTU di The LINC Kuala Lumpur.
โ
โ
Anugerah ‘Best Newcomer’ x5
5 peserta ‘newcomer’ (pengguna baru yang mendaftar akaun semasa tempoh kempen ini) yang memperoleh jumlah ‘engagement’ tertinggi dari semua kandungan penyertaan mereka akan menerima hadiah wang tunai RM200.
NOTA: ‘Engagement’ merujuk kepada reaksi, perkongsian, dan komen yang tulen di Newswav.
Anugerah Konten Paling Seram x30
Newswav akan memilih sehingga 30 kandungan dengan daya penceritaan unik yang paling menyeramkan dan kreatif, dan setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM50.
Untuk layak menerima mana-mana pilihan hadiah, setiap entri anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 500 ‘views’ dan 30 ‘engagements’.
NOTA: Setiap peserta hanya boleh menang dalam maksimum 3 kategori:
โ
- Satu (1) Hadiah Utama atau satu (1) Anugerah ‘Top Engagement’, tetapi tidak keduanya; dan
- Satu (1) Anugerah ‘Best Newcomer’; dan
- Satu (1) Anugerah Konten Paling Seram
Terma & Syarat
TEMPOH KEMPEN
1. Kempen NCC #KisahSeram ("Peraduan") dianjurkan oleh Newswav Sdn. Bhd ("Penganjur").
2. Peraduan akan berlangsung dari 5 Julai 2024 (Jumaat), 12pm sehingga 20 Disember 2024 (Jumaat), 12pm (termasuk tarikh-tarikh tersebut) ("Tempoh Kempen").
3. Walau bagaimanapun, tempoh untuk anda menghantar penyertaan anda adalah dari 5 Julai 2024 (Jumaat), 12pm sehingga 13 Disember 2024 (Jumaat), 12pm (termasuk tarikh-tarikh tersebut) ("Tempoh Penyertaan").
KELAYAKAN PENYERTAAN
4. Peraduan ini dibuka kepada semua penduduk sah Malaysia yang memenuhi kriteria berikut ("Peserta"):
i) adalah pengguna Newswav
ii) adalah warganegara Malaysia atau menetap di Malaysia
PENYERAHAN KONTEN & SYARAT PENYERTAAN
5. Penyerahan konten boleh dibuat dalam format artikel atau video ("Kandungan" atau "Penyertaan") dan mesti berkisar pada tema seram, fenomena alam ghaib, atau kisah-kisah menakutkan.
6. Penganjur berhak menolak sebarang Kandungan yang tidak relevan atau cuba dikaitkan dengan tema secara paksa.
7. Kandungan yang dihantar hanya boleh dalam Bahasa Melayu.
8. Untuk memenuhi syarat penyertaan, Peserta mesti masukkan hashtag #KisahSeram dalam tajuk Kandungan dan pilih #KisahSeram dalam ruangan pilihan ‘NCC campaign’. Kegagalan untuk memasukkan kedua-duanya akan menyebabkan penyerahan anda dianggap tidak sah.
9. Artikel yang dihantar mesti mempunyai sekurang-kurangnya 300 patah perkataan dan mengandungi sekurang-kurangnya satu (1) gambar dengan kredit yang tepat.
10. Video yang dihantar mesti berdurasi sekurang-kurangnya 60 saat dan disertakan dengan deskripsi sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.
11. Pastikan Kandungan anda asli dan bebas plagiarisme. Kegagalan mematuhi syarat ini akan mengakibatkan penolakan penyertaan anda.
12. Kandungan yang dihantar adalah eksklusif untuk Newswav dan tidak dikongsi dengan media/penerbit lain.
13. Peserta mesti berkongsi kandungan yang diterbitkan dalam bentuk pautan Newswav di Facebook, Instagram, atau X dalam tempoh kempen untuk layak.
-
i) Facebook / X: Perkongsian mesti dilakukan sebagai pos (pautan yang dikongsi dalam komen dan ‘Facebook Story’ tidak dikira).
-
ii) Instagram: Hanya perkongsian di ‘Instagram Story’ akan diterima (perkongsian pada pos Instagram tidak dikira).
14. Akaun media sosial Peserta mesti disetkan awam, dan bukti perkongsian mesti disediakan apabila diminta.
HADIAH & PEMILIHAN PEMENANG
15. Hadiah Utama x3: Sehingga 3 Peserta yang memperoleh jumlah ‘views’ tertinggi dari semua Kandungan penyertaan mereka akan menerima satu (1) set LEGO pilihan mereka (terhad kepada RM800 sahaja). Untuk layak menerima hadiah utama, Peserta mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) kandungan penyertaan yang layak untuk pemilihan hadiah.โ
16. Anugerah ‘Top Engagement’ x5: Sehingga 5 Peserta yang memperoleh jumlah ‘engagement’ tertinggi dari semua Kandungan penyertaan mereka akan menerima tiga (3) tiket masuk ke HAUNTU di The LINC Kuala Lumpur.
-
i) NOTA: ‘Engagement’ merujuk kepada reaksi, perkongsian, dan komen yang tulen di Newswav.
17. Anugerah ‘Best Newcomer’ x5: Sehingga 5 Peserta ‘newcomer’ (pengguna baru yang mendaftar akaun semasa tempoh kempen ini) yang memperoleh jumlah ‘engagement’ tertinggi dari semua Kandungan penyertaan mereka akan menerima hadiah wang tunai RM200.
-
i) NOTA: ‘Engagement’ merujuk kepada reaksi, perkongsian, dan komen yang tulen di Newswav.
18. Anugerah Konten Paling Seram x30: Newswav akan memilih sehingga 30 Kandungan dengan daya penceritaan unik yang paling menyeramkan dan kreatif, dan setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM50.
19. Untuk layak menerima mana-mana pilihan hadiah, setiap Kandungan anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 500 ‘views’ dan 30 ‘engagements’.
20. Setiap Peserta hanya boleh menang dalam maksimum 3 kategori:
-
i) Satu (1) Hadiah Utama atau satu (1) Anugerah ‘Top Engagement’, tetapi tidak keduanya; dan
-
ii) Satu (1) Anugerah ‘Best Newcomer’; dan
-
iii) Satu (1) Anugerah Konten Paling Seram
21. Pemenang akan ditentukan sepenuhnya oleh Penganjur. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan, rayuan, dan/atau pertikaian oleh Peserta tidak akan dilayan.
22. Penganjur berhak untuk menghapuskan sebarang ‘views’, reaksi, perkongsian, dan komen yang berulang, tidak asli, berniat jahat atau spam ketika menyenaraikan pemenang.
HADIAH & PEMILIHAN PEMENANG
23. Pemenang akan dihubungi melalui emel pade 20 Januari 2025 (Isnin), 12pm.
24. Pemenang mesti menyediakan salinan Kad Pengenalan (NRIC) dan tangkapan skrin kandungan kemenangan mereka yang telah dikongsi di media sosial semasa tempoh pertandingan untuk tujuan pengesahan dan penuntutan hadiah. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.
25. Pemenang yang gagal menjawab emel dalam tempoh tujuh (7) hari akan mengakibatkan pembatalan hadiah mereka.
26. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahkan, ditukar ganti atau dipulangkan dalam apa jua cara.
โ
LAIN-LAIN
27. Semua kos dan perbelanjaan berkaitan dengan penghasilan Kandungan dan Penyertaan dalam Peraduan ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta.
28. Kandungan yang dihantar tidak boleh bersifat samar, haram, lucah, cabul, eksplisit seksual, pornografi, mencemarkan, memfitnah, menuduh, menghina, tidak boleh melanggar hak-hak undang-undang mana-mana pihak ketiga, dan tidak boleh memberi ruang kepada tindakan undang-undang sama ada terhadap anda, Penganjur atau pihak ketiga (dalam setiap kes di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai). Kandungan Peserta mesti diperiksa terlebih dahulu dan disahkan benar.
29. Penganjur berhak menolak, mengedit atau memadamkan mana-mana Kandungan Peserta atas budi bicara Penganjur, pada bila-bila masa.
30. Dengan menghantar Kandungan, Penganjur berhak untuk menggunakan Penyertaan atau bahan yang dihantar oleh Peserta untuk penggunaan perpustakaan, promosi, atau komersial secara global.
โ
PENGISYTIHARAN & KEBENARAN
31. Penganjur berhak dengan budi bicara mutlaknya untuk menangguhkan, mengubah dan/atau memanjangkan Tempoh Peraduan dan/atau menghentikan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
32. Penganjur berhak untuk mengubah mekanik, hadiah, dan terma & syarat Peraduan, serta aspek lain Peraduan dengan budi bicara mutlaknya tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
33. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca dan memahami serta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat ("Terma dan Syarat") yang dinyatakan dalam bahagian ini (yang boleh berubah atau diubah).